Followers

Friday 11 May 2012

Today is Friday.

Aku nk share sesuatu dgn korang sempena hari Jumaat yang mulia nie. pernah tak ko rasa meluat pada seseorg sampai x nk pandang muka org tue. frankly speaking, aku pernah lalui. Meluat nie blh dicategory sama dgn 'menyampah'---sama ker? sama la kot. menyampah u! aauuww.. kadang2 tgk gegirl tue gewdiks ker.. kat tempat keje ada kawan2 kite yg kerek2 ker...---- pada bos ker...huhuhu.... Aku rasa korang mesti ada lalui. Kadang2 tgk muker org tue jer mmg rasa menyampah ---- boleh?

Aku terfikir gak, what' wrong with me? What have she/he done to me sampai aku meluat dgn dia? Salah dia ke atau aku yg x betul? nie yg slalu bermain di minda aku --- byk persoalan yg bermain diminda....eh nyanyi lagu najwa latif lak.

So, my fren ada fwd email pada aku petua nk hilang rasa meluat nie but I'm not sure boleh pakai ke tak. Erm... tp mmg kalu tgk org makan especially org tua dan kanak2, hati aku mmg tersentuh. x tau nk terang kan tp mmg aku rasa... ntah arr. x reti nk terang!--- ter'emo' lak. Cuba korang try. buhbye.

note : Ya Allah, aku mohon pada mu agar bersihkan hati ku.

Petua Menghilangkan Rasa Meluat Pada Orang - Tengok Dia Makan




"Jangan pukul orang yang sedang makan". Itu ayat yang selalu mak saya pesan. Ketika kanak-kanak saya dan abang sering bergaduh. Kadangkala ketika makanpun bergaduh lalu terlepaslah pukulan rambang "kedebuk!" kena belakang ketika tengah suap makanan ke dalam mulut. Apa lagi tersedak dan tersembul keluar nasi dari mulut.

Perbuatan pukul orang ketika makan merupakan pantang ibu. Siapa yang langgar pantang tersebut alamat cari nahas yang amat besar. Bukan saja sesama adik beradik. Siapa saja yang nak rotan anak yang tengah makan akan ditegah oleh mak saya. Sampai dah tua sekarang ini melihat orang yang tengah makan mendatangkan satu perasaan syahdu dan belas yang amat sangat kepada orang yang tengah makan tersebut.



Budak atau orang dewasa atau orang tua, seburuk manapun perangainya yang membuatkan kita meluat pada individu tersebut, apabila melihat dia sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya akan menyebabkan perasaan meluat pada orang itu hancur luluh. Terus timbul perasaan belas dan kasih pada orang yang tengah makan.

Saya tak tahu bagaimana dengan perasaan orang lain apabila melihat orang tengah makan, tapi yang pastinya jika saya terlalu meluat kepada seseorang, saya akan dapat membuang jauh-jauh rasa meluat itu dengan selalu melihat dia makan, terutamanya ketika dia sedang lapar. Jadi elok jika kita amalkan tabiat menjamu orang makan, nescaya jiwa kita akan terbentuk menjadi jiwa yang pemaaf dan lembut.





No comments:

Post a Comment