Followers

Monday 28 May 2012

UJIAN PERSONALITI






ambil sedikit masa untuk jawab soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawab soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini. jgn tipu yer...

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...


Note :  mcm sama jer apa yg dia tafsirkan...... erm....???

Saturday 26 May 2012

Parents Teachers' Meeting

Hari nie aku dan hubby ada perjumpaan dengan guru kelas Rayn di sekolah nye, Real Kids Ozana. This meeting to discuss on student--- anak bujang aku ler  progress in school dlm erti kata lain sign report card---mcm skolah rendah lak. bukan itu sahaja, malah dtg utk collect all TERM 1 school work. Erm... aku? nervous oii.. okie ke x result exam dia? Walaupun skolah tadika dan exam yg ada hanya subject BM, BI & Maths, tp aku ttp care 'bout it sbb itu adalah basic atau foudation yg dia perlu ada utk ke alam persekolahan yg sebenar. 

Sekolah skang bukan mcm zaman aku dulu, ada ajar ABC ke, 123 ker... mana ada smua tu skang. Skang masuk darjah 1 dah kene ada 3M - Membaca, Menulis, Mengira. --- cewahh.. mcm pendidik! 

So, slalunyer meeting nie lebih membincangkan progress anak2, masalah2 anak dan juga pandangan untuk memperbaiki mutu sekolah itu,Real Kids. Selain drpd itu, ---- bg aku la. x tau la parents lain. aku mengambil kesempatan ini  untuk belajar dgn mereka cara mereka mengajar. Maksud aku teknik pembelajaran mereka. Bukan aku nk keypoh2 nk tau cikgu nie ajar anak aku betul ke tak tp aku tak nak teknik yg aku ajar dan cikgu ajar berbeza dan akan memberi impact pd anak aku spt confius. Cikgu kt skolah ajar cara lain, aku lak ajar cara zaman aku syok sendiri. kan poning kepala budak.

So, hari nie aku ada beberapa ilmu yg aku dpt dan nak share dgn uolls. Cth English subject. Nowadays, they use PHONICS systems. Phonics - is a method of teaching reading and spelling based upon the phonetic interpretation of ordinary spelling. Dimana setiap konsonan mempunyai bunyi tersendiri. Aku x reti nk terangkan --- patut la x jd cikgu. huhuhu.. tp bila aku belajar sikit2 dr cikgu tue, mmg mudah sebenarnyer. Actually, before this aku ada ada gak blajar dr internet ttg phonics nie tp ye arr... one way communication mana la nk dpt sgt. tp after cikgu tue explain detail walaupun in short period, aku dh tau la cara2 nyer.


- 'ai' nie long vowel. bila jumpa 'a' sebelah ''i, akan bunyi 'ai' - 


- 'ay' nie pun terus jadi 'ay'


- 'a-e' bila ada 'a' dan akhir word ada 'e', sebutan 'e' ditidurkan.


- 'i-e' nie pun sama. 'e' ditidurkan pada akhir perkataan.

So, lepas nie aku pun kene study balik ler nampak nyer. apa yang bagus nyer phonetic approach nie, you can pronoun with correct and clear words dan bila dh mahir, u blh spell the words dgn betul dgn hanya mendengar sebutan perkataan. Ooo.. no wonder la bebudak yg masuk SIR --- spell it right tu hebat2. 

Lagi satu yg aku nk share ialah Maths. Cara diorg ajar utk Addition, Nombor yang besar simpan dlm otak then the small number at your hand. Example, 8+2. remember 8 in ur head then 2 in ur hand. count start from 8 (in ur head), 9,10. (ur finger) dengan tertib menaik.---- aarrggghhh.. susah nk terang.

Kalau Subtraction, the small number keep in ur head then the big number at ur hand. Example, 10 - 1. 1 in ur head and 10 at ur hand. start count from number 1 in ur head then number 2 at ur finger. berapa byk jari yg ditutup sampai no. 10. jawapan 9. --- korang paham ke x ? nasib arr.


- Addition & Subtraction 

Kalau ikutkan byk lg yg nk citer tp x yah la. meong kepala korang lak. nnt ada masa aku citer skolah anak aku nie. Aku suka dgn skolah ni. Cara cikgu2 nyer approach student dan juga system pembelajaran nyer pun bagus. nnt la, ada masa aku citer--- promote skit. okie, Buhbye.

Note : lupe lak nk share result anak bujang aku. alhamdulillah, bagus results dia. Like always, I'm very proud of you! Lurve u so muchie, son! --- cumer byk ckp dan nakal skit je yg aku x leh wat aper.

Friday 25 May 2012

Loreal Warehouse Sales


Hi, guys!

just quick update. There will be a Loreal Warehouse Sales on this weekend 25 May - 27 May 2012 ---already started at The Jetty beside Holiday Inn Hotel, Malacca. 

Aku pernah pergi sales nie dlm 2009 kot, harga mmg murah giler. Lipstick/lip gloss u can get 3 for RM10. Compact powder around RM 15- RM 20, shampoo RM 10 and byk lagi la. But for this year aku x pasti mcm mana harga nyer. lain organizer..lain price. 

So, dont miss it. Ohh ya, one more thing, dont 4get check the expiry date before u buy. some of the product mungkin stock lama, dh nk expired so, tgk2 dulu yek.





nie la iklan sales tue. Bukan product Loreal jer yg ada malah ada Garnier and Maybelline. pergi pagi2 kalu blh, org x ramai dan brg pun byk lagi. okie la. 

Buhbye.



Tuesday 22 May 2012

Peace of Mind








If you were to ask your neighbor,
"What would give you peace of mind?" he might tell you,
"A vacation in Bermuda!" or "An extra hundred grand would give me peace!", or
"A new Ferrari would make me content!"

But going places – and getting stuff – is usually a temporary solution ...

Let's say you buy a lottery ticket and by some miracle you win your dream Ferrari.
Today you are content.

Tomorrow you are saying, "If I could just catch that little punk who scratched it in the car park!"

Peace of mind rarely comes from getting more stuff.
Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff!

Peace of mind starts with being grateful for what you have right now.

GRATITUDE is POWER, and here's why ...

When you are thankful for what you have -for the friends you have, and for the things you've got,
you attract more good people and good things.

People who always complain about what they DON'T HAVE, stay stuck.
Complainers attract more things to complain about!

It is a law of life.It's hard to explain, but you can observe it around you.We get more of what we dwell upon.

That's why all the spiritual masters have taught the same lesson ...
"Start by being thankful. Be happy with what you have now, and more will come your way."

It's practical advice.
IN A NUTSHELL
Every time you say a silent "thank you" you become more peaceful – and more powerful.

 Buhbye.

Saturday 19 May 2012

Bakar Batu

Wahh..... lamernyer x meng'update'kan blog. I'm very the buzyyy... women maa... Starting from last week, I'm supporting others program for at least 1 month or until futher notice org baru masuk. Disebabkan aku x pernah ambil kesah --- ada aku kesahh?? dgn program nie b4 this, so there is a lot of things need to catch up and done sebelum kawan aku blah end of this week. eeiiiisss... stop talking 'bout work, okie. kalu citer 'keje' nie mmg x kan habis. 

Uolls mesti tertanye2 kenapa Tajuk Post aku kali nie 'Bakar Batu'. Hehehe... Pagi td Hubby aku bawa kitorg smua gie breakfast 'Roti Arang'. Hehehe... apa tue? Masa mula2 aku dengar pun tertanye2 tp bila dh sampai tempat tue... Oooo.... baru paham.---- hehehe bg korang suspen skit. Roti arang nie terletak di Kg. Batu Bakar. Bachang. Haa... dats why la post nie 'Bakar Batu'. Aku pun x tau ada nama Kg. Bakar Batu kt Melaka. 

Aku dtg kira dh lewat la utk breakfast sebenarnyer dlm pukul 9.30 a.m tp ramai lg org dok dtg makan lagi. Masa aku nk balik pun ada org dtg lagi.





Apa kelainan kedai nie? Haa.... special nyer Roti Canai. Slalu roti canai di masak guna dapur gas biasa, kan... tp roti kat kedai nie dimasak guna arang + kayu. Perghh.... crispy giler roti canai nie. rasa tetap ler rasa mcm roti canai biasa tp ranggup tue lain. ye arr, masak pakai bara api mesti ada lain skit. 


- Stock Kayu utk membakar roti -


- mcm nie la cara bakar roti -


- Roti Bakar kosong + Roti Bakar Bawang -


- Roti Bakar Bawang -

 Menu sampingan yang ada kat sini spt Nasi Lemak, Lontong, Mee Kari, Soto, Kuih-muih etc.....Service pun cepat walaupun ramai org. Aku ada tertarik dgn sorang kakak kat kedai nie, dia peramah dan speaking english ngan pelanggan --- speaking stail melaka. huhuhu...


- Kakak baju merah nie yg aku ckp. Bila kira, dia kira dlm english. kalu korang panggil kira, dia kata 'coming2' -


- Roti bawang yg betul2 roti bawang. byk giler bwg. -

Actually, aku pun x reti nk explain kt mana exactly kedai nie. tp korang cari la Kg. Batu Bakar ni. mesti jumpe kot. x jumpe, tanye i terus, yek. Buhbye.



Tuesday 15 May 2012

Hurmm....




"Anybody can become angry - that is easy; but to be angry with the right person, and to the right degree, and at the right time, and for the right purpose, and in the right way - that is not within everybody"s power and is not easy.

For the past 2 days was a very longgg.....days for me. Tired to be 'nice-nice person' and pretend to be strong but deep inside..... mcm nk tukar jadi HULK. Perkara nie blh dikata bukan 2 hari lepas ni jer berlaku tp my situation slalu mcm nie...smuanyer disebabkan dgn 'ORANG'.

I'm happy with my current job now.. very happy and i love it coz this is what i want to be and this is what i like to do. Tapi..., dealing with a people, with so many different attitude and level of ranking makes me ssoooo..... hhuuurrmmm..... 

Aku x larat nk sambung lagi.. makes me sick! buhbye.

Note: where is my 'dove'? habis diet aku lagi.....

Monday 14 May 2012

Paper Bag Kaler Blue...

.
.
.
ada star, heart, flower, bear....
 .
.
.
beg kertas kaler biru....
.
.
.
 Ooo... nie ruper nye...
.
.
.


"Selamat Hari Ibu, mama!!"."Nie utk mama." senyum manis sambil hulurkan paper bag pada aku.  
aku sambut pemberian rayn sambil tarik tangan dia. "ayen buat utk mama. cantik x mama?" rayn pandang aku utk reaksi aku. "ye ker... pandai anak mama buat. cantik. thanks, sayang" aku peluk ryan. 
"mama suka tak?" "mesti la mama suka. anak mama yg bg." dia senyum bangga --- nie semestinyer dan gembira. Terima Kasih, sayang. --- mcm novel laks. perasan!

erm... paper bag tu hasil kerja seni anak aku rayn 6 tahun --- this coming june di kindergarden. This is a 2nd year he present me hasil seni nyer sempena Mother's Day. Last year dia buatkan kad ucapan, benar2 buat aku terharu dan gembira sgt.--- nangis... Utk tahun nie, aku tggu gak hari tu, tp.... xde pun? sebenarnyer excited nk tgk dia buat apa lak utk mama dier nie.---kali nie x sedey dah.huhuhu....

Kadang2 ada sajer yg dia bg kat aku hasil seninyer di sekolah. aku akan lekatkan semua tu kat fridge. knp kt fridge?? sbb hari2 aku tgk that guys.--- fridge tue la. ye lar, mama + wife org kan, so tue ler keje nyer. buka katup utk amik@carik brg utk masak ---- kadang2 x pun. amik coklat je lebey. huhuhu. so aku suka semua yg dia bg, aku blh tgk everyday and every minute. It's makes me proud of him even it is just a simple things. 


antara hasil seni nyer..tapi byk dh kene amik dgn min deq.

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mak dan Mak Mertua aku. Saya Sayang Mak! --- touching lak. okie la. nnt ter'sedey'. buhbye.

Note : x lupa juda kepada Fara, Kak Rena, Zue, Ieda (adik ipar aku), Along (kakak aku) dan amy (biras aku) Selamat Hari Ibu!

Saturday 12 May 2012

Western @ Kampung...?

Aku nk promote skit satu kedai nie terletak di Bukit Beruang, Melaka. Slalu gak la aku makan kat kedai nie sbb malas nk masak kene dgn selera aku dan lain dari yang lain skit. Apa yg lain? Aaaaa... nnt aku story kat korang.

Location kedai makan nie....---tetiba x reti nk terangkan. okie, if u guys from MMU, heading to JJ ayer Keroh, u can see Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang on ur left dan ada traffic light simpang 3. If u take left, u guys akan jumpa Pantai Hospital so, jgn ke kiri.Go straight dan kedai makan tu on ur left side.u can even see the kedai from traffic light actually. Nama kedai tu 'Western D' Kampung'. 
.
.
.
.
 -Western D'Kampung---ptg x ramai sgt tp malam..seat pun x cukup


Kedai nie dikenalkan---mcm org lak. oleh kawan aku, Mama Kak Rena sbb adik dia ada keje kat situ. First time aku gie, terus fall in love. Kedai ni ada hidangan western--- chicken chop, grill, lamb chop, spaghetti etc dan masakan kampong --- alar..goreng2 la.. So, skang kalu aku nk makan western skang nie, aku gie sini jer coz the location dekat dgn my home and aku suka tempat nie sbb depan kedai tue ada playground so xde la ur kids cam bosan jer kan. Sebelah kawasan kedai ni ada Masjid so, if nk solat pun mudah. 

Dari segi pricing, very reasonable --- murah coz for chicken breaded RM 8.50 only. 


 - Chicken Breaded - 

Favorite aku Spaghetti Marinara. Mmg puas hati, dgn udang, lala, sotong, rasanyer perfect antara pedas dan x pedas dan byk--- bab nie aku x suke. ye ker??  xde la. slalu habis je aku makan cuma habis diet i. huhuhu.... Lagi satu yg menjahanam failed kan diet aku, nie si garlic bread + cheese. 1 set ada 3 keping roti dan dia punyer cheese melimpah ruah + tomato yg byk.... huhuhuh terliur aku. Makan panas2 + kebulur mmg best. Nikmat nyer.....


 - Spaghetti Marinara - my favorite!


- Garlic Bread + Cheese -


You guys cuba la. mmg berbaloi. Kedai nie dibuka setiap hari dari pukul 3pm until 12 midnight. Closed on Monday.---- cewahh... mcm host JJCM. I ada lagi satu restaurant yg nk recommend pd u olls. Next entry, okie. Buhbye.

Note : Hidup utk makan or....makan utk hidup?? but for me, tidur itu satu nikmat. --- apa kene mengene ni dgn makan??


Friday 11 May 2012

Today is Friday.

Aku nk share sesuatu dgn korang sempena hari Jumaat yang mulia nie. pernah tak ko rasa meluat pada seseorg sampai x nk pandang muka org tue. frankly speaking, aku pernah lalui. Meluat nie blh dicategory sama dgn 'menyampah'---sama ker? sama la kot. menyampah u! aauuww.. kadang2 tgk gegirl tue gewdiks ker.. kat tempat keje ada kawan2 kite yg kerek2 ker...---- pada bos ker...huhuhu.... Aku rasa korang mesti ada lalui. Kadang2 tgk muker org tue jer mmg rasa menyampah ---- boleh?

Aku terfikir gak, what' wrong with me? What have she/he done to me sampai aku meluat dgn dia? Salah dia ke atau aku yg x betul? nie yg slalu bermain di minda aku --- byk persoalan yg bermain diminda....eh nyanyi lagu najwa latif lak.

So, my fren ada fwd email pada aku petua nk hilang rasa meluat nie but I'm not sure boleh pakai ke tak. Erm... tp mmg kalu tgk org makan especially org tua dan kanak2, hati aku mmg tersentuh. x tau nk terang kan tp mmg aku rasa... ntah arr. x reti nk terang!--- ter'emo' lak. Cuba korang try. buhbye.

note : Ya Allah, aku mohon pada mu agar bersihkan hati ku.

Petua Menghilangkan Rasa Meluat Pada Orang - Tengok Dia Makan




"Jangan pukul orang yang sedang makan". Itu ayat yang selalu mak saya pesan. Ketika kanak-kanak saya dan abang sering bergaduh. Kadangkala ketika makanpun bergaduh lalu terlepaslah pukulan rambang "kedebuk!" kena belakang ketika tengah suap makanan ke dalam mulut. Apa lagi tersedak dan tersembul keluar nasi dari mulut.

Perbuatan pukul orang ketika makan merupakan pantang ibu. Siapa yang langgar pantang tersebut alamat cari nahas yang amat besar. Bukan saja sesama adik beradik. Siapa saja yang nak rotan anak yang tengah makan akan ditegah oleh mak saya. Sampai dah tua sekarang ini melihat orang yang tengah makan mendatangkan satu perasaan syahdu dan belas yang amat sangat kepada orang yang tengah makan tersebut.



Budak atau orang dewasa atau orang tua, seburuk manapun perangainya yang membuatkan kita meluat pada individu tersebut, apabila melihat dia sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya akan menyebabkan perasaan meluat pada orang itu hancur luluh. Terus timbul perasaan belas dan kasih pada orang yang tengah makan.

Saya tak tahu bagaimana dengan perasaan orang lain apabila melihat orang tengah makan, tapi yang pastinya jika saya terlalu meluat kepada seseorang, saya akan dapat membuang jauh-jauh rasa meluat itu dengan selalu melihat dia makan, terutamanya ketika dia sedang lapar. Jadi elok jika kita amalkan tabiat menjamu orang makan, nescaya jiwa kita akan terbentuk menjadi jiwa yang pemaaf dan lembut.





Thursday 10 May 2012

Online Shopping

Yey! online shopping for raya. Sekarang nie Osh Kosh & Carter's & The Children's Place ada online sale so, this will be a great buy! Memang kene dgn masa kalau nk beli sekarang sbb raya x lama lagi --- lagi 3 mnths laa.. huhuhu... hehehe... aku mmg suka beli persiapan raya awal2. Bukan apa, senang takde la nk spend money sekali byk in one time. Bulan puasa dgn ramai org dgn puasa lagi nnt, tue pun satu hal. So, every year mmg aku suka shopping raya awal. tapi beli baju Melayu for my Hubby + Rayn jer selalu last minute sbb tggu Bazaar kt Tmn Cempaka. blh dpt murah. Mcm last year, cari baju melayu lagi 2hari nak raya. Susah nye... color yg nk ada tapi size lak xe, size ayahnye ada tp anaknye xde. sedey...







It a bit a risky actually if we buy online especially on clothing coz u dont know the exactly size whether it is fit on u or not. Futhermore, the color in website may differ from the actual u get. Tapi kalau dh biasa beli brand tue, u dh boleh agak la. Dari segi pricing, u can get cheaper than in M'sia --- even sale.

But bear in mind, if u buy online u need to add some addintional fees and cost example shipping cost and custom fees ---- jgn korang dok ingat harga yg tertera di website tu korang kene bayar. mmg ler murah. This is not cheap, ok! So, what we do... skang nie kan byk website di M'si buat business ni. Cari website yang slalu order brg dr overseas then minta qoutation from them. Jika beli dr mereka2 nie, kita akan syaring all those cost and fees as i said just now with others. Dats why blh dapat murah.... you guys cari la website yg ada menjalankan business nie. Cari yang boleh beri harga terbaik sbb mungkin berbeza dari harga shipping cost & juga currency rate yang dikena kan. so, minta qoutation dr mereka dulu ye then baru decide nk beli ke tak.

Cara nk beli senang je dan normally they will informed u details of how to order. korang ikut jer ekh. Penat nk terang lagipun, korang lagi handal dari aku, kan. huhuhu...

Erm... apa yg cantek ekh....





Rambang mana nk pilih... kalau gegirl lagi giler. huhuhu... 
buhbye.



Tuesday 8 May 2012

24 More Days....

24 hari lagi B-day my son... Pening kepala pikir utk birthday cake anak bujang (the one and only) aku nie. Cake apa yg sedap ekh...? apa yg hensem ekh utk cake kali nie. erm.......?? --- pikir lagik. Sebenarnyer mama yang lebih2, anaknyer terima saje apa yang dibeli yang penting dia nak celebrate with his frenz at Real Kids. 

Last year on his 5th b-day, aku orderkan chocolate cake with Ultraman edible image. Aku order kat kak syieda bukit piatu. Home made cake tau... sedapppp. Dijamin halal dan bersih. Lagi satu, kak syieda nie pandai decorate cake. cantik2 cake dia and you guys blh tgk sendiri dlm blog dia http://aries08.blogspot.com/



.
.
.

.
.
.

- Ultraman Mebius - Rayn's Fav super hero.


After that, i ada repeat order lagi -- red velvet. Then, for my cuttie dotter i order 'Hello Kitty head' red velvet. very2 cute sampai sayang nk potong. apatah lagi nk makan. Yang best nye dgn kak syieda ni, dia guna kan 100% cream cheese for the head (for red velvet) --- ada baker yg guna butter cream for decoration bcoz the cost of the cream cheese. quite costly ma.




.
.
.

Hello Kitty Head--- comel, kan?



erm.... masih x tau nk order cake apa.......... any idea?? someone?

Buhbye..


OOo... Baru tau.


Just wanna share with u guys. Sharing is caring.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendii) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAi) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALATanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan
dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka..

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

26. JANTUNG ANDA BERHENTI BERDENYUT....Tandanya anda telah meninggal dunia....adakah anda bersedia untuk meninggal dunia ini...berapa banyak dosa dan pahala telah anda kumpul???????

Sunday 6 May 2012

My New BFF

.
.
.
.

tada...!!. my new BFF.!

Now I'm addicted with 'Dove'. For this one (Hazelnut, almond & Raisin), aku dh makan dekat 6 packs. sedap giler..... Actually, ada byk flavour - dark chocolate, this guys, crispy and milk chocolate. I heard the crispy paling sedap. ermmm...must try. But my favorite has got to be this guys la.

Sekarang di Guardians ada promotion for Dove, 3 packs of dove for RM6.98 (single bar). So, kejap2 kalu keluar for sure aku cekup. x leh tahan tgk... sampai hubby bising freezer penuh dgn chocolate. huhuhu...

Anyway, thanks to Dove i gain one kg add. haiya... habis diet aku. buhbye.


Am I a Blogger now?


Am i?
Fuuhh.. finally, i decided to be a blogger. I'm not sure how discipline am i to keep this blog updated while having other responsibility to do (working mama and mother of two). I'll try my best!-- semangat la sgt.

okie...nothing more to say. see ya' at next entry. buhbye.

Note : Thanks to Izzah & Aliff sudi jadi sifu. Nnt dh berjaya i bayar consultation fees ye.